Friday, March 23, 2012

Puisi Sendiri aku




Dalam kelam malam aku sendiri, mencari erti akan hidup tanpa henti
Terbang aku sendiri tanpa arah  dalam kotak minda aku terhenti....
Apakah salah ku ingin mencoba dan terus berlari?
Langkah yang ku ambil bukan mudah dan bukan untuk dicaci
Pudar jalannya buat aku hilang arah, aku benci !

Terpinggir aku ketepi bukannya aku mahu sunyi...
Hanya mahu sendiri jauh dari kecoh bukan tidak mahu untuk berbakti

Salahkah aku hidup begini???
aku hanya mahu didengari.. bukan tin kosong yang berbunyi!
Biar besimpang jalan yang ku lalui biar ia memakan hati
Sendiri aku benci Menghadapi realiti yang menyakiti..











1 comment: